Sabtu, 27 Agustus 2011

BILA TIBA HARI RAYA



"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup. Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." 




Setiap tahun, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang hari raya telah dirasai. Terdapat banyak pusat-pusat membeli-belah berlumba-lumba mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen.


Pelbagai persiapan menjelang hari raya telah dilakukan sejak awal-awal lagi bagi memeriahkan sambutan hari raya yang bakal tiba. Ada juga yang telah membuat persiapan menjelang hari raya sejak dari tahun sebelumnya. Yang pastinya, setiap hari raya pasti disambut meriah dan ceria!! 

Persiapan menjelang hari raya pada dasarnya adalah mengikut kemampuan dan keperluan sahaja. Kita digalakkan tidak melakukan pembaziran didalam membuat persiapan menjelang hari raya. 


'Baju raya' adalah pilihan utama dalam persiapan menjelang hari raya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi. 'Baju Melayu' adalah pakaian tradisi bagi kaum lelaki Melayu di Malaysia pada setiap hari raya. Manakala, bagi kaum wanita pula, kebiasaannya berbaju 'kurung' atau 'kebaya'


Persiapan menjelang hari raya juga turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai jenis juadah dan kuih-muih.'Ketupat' merupakan juadah istimewa pada hari tersebut. Nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas ini, biasanya dihidangkan bersama dengan rendang. Kebiasannnya, ketupat menjadi persiapan terakhir menjelang hari raya, iaitu di malam hari raya. Ada juga juadah istimewa lain yang turut disediakan termasuk lemang, lontong, dodol dan kuih-muih.


Sebelum menjelang hari raya, persiapan menjelang hari raya perlu dirancang dengan rapi dan teliti bagi mengelakkan sebarang kepincangan pada hari raya disambut. Segala urusan-urusan rasmi perlu diselesaikan terlebih dahulu, kerana bank, sekolah dan beberapa premis kerajaan dan perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sepanjang musim perayaan. Fenomena 'balik kampung' juga perlu dirancang lebih awal dalam persiapan menjelang hari raya, bagi mengelakkan terkandas dalam perjalanan kerana jalan-jalan utama dan lebuhraya menjadi sesak akibat kebanjiran warga bandar yang ingin pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga tersayang..




Jumat, 26 Agustus 2011

CINTA SEJATI ATAU CINTA BUTA ?


Saat kamu merasakan cinta sejatikamu menyayangi seseorang apa adanya, memahami kekurangannya dan menutupi kelemahannyasambil melihat sisi terbaiknya.


Saat kamu cinta buta dengan seseorang,
kamu menganggapnya dia begitu sempurna
hingga menutupi seluruh kekurangan yang ada pada dirinya.
Hmmmmm…
Kalau dipikir-pikir lagi,
sebenarnya perbedaan antara Cinta Buta dan Cinta Sejati
itu tipiiiiiissss banget ya?
Saat kamu mencintai seseorang begitu dalamnya,
kemungkinan besar kamu akan mencoba memahami kekurangannya.
Di saat itu.. apakah kamu mencintainya secara buta
atau memang hanya mencintai dia apa adanya?
Saat dia melakukan kesalahan dan kamu memaafkannya,
karena namanya manusia memang tak pernah lepas dari kesalahan,
apakah itu berarti mencintainya secara buta
atau mencintai apa adanya?
Saat hadir seseorang yang lebih baik darinya,
namun tak juga kamu berpaling dari sang kekasih
apakah itu berarti mencintai apa adanya
atau mencintai secara buta?
Atau saat kamu menganggapnya begitu sempurna
sehingga tak ada yang mampu menggantikan kehadirannya,
apakah itu berarti mencintai apa adanya
atau mencintai secara buta?
Sampai sejauh mana kita bisa mencintai apa adanya
tanpa harus membutakan mata?

Apakah mungkin seseorang mencintai apa adanya tanpa menjadi buta?
Ataukah mencintai secara buta berarti juga mencintai apa adanya?


3 KATA CINTA


Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Mungkinkah pernah kita
Dah terlalu selesa
Kepimpinan seolah
Semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut


Kamis, 25 Agustus 2011

INDAHNYA CINTA BILA BERSAMAMU



Betapa indahnya cinta,
bila bersama mu.

Betapa hodohnya cinta,
bila tanpa mu.

Betapa cerianya hidup,
bila bersama mu.

Betapa sunyinya hidup,
bila tiada mu.

Betapa cerahnya cuaca,
bila bersama mu.

Betapa malapnya cuaca,
bila kehilangan mu.

Betapa putihnya padangan,
bila bersama mu.

Betapa hitamnya padangan,
bila ketiadaan mu......


Kerna itu....

Ku Ingin bersama mu...
setiap saat
setiap minit
setiap jam
setiap hari
setiap masa.....


SEHIDUP SEMATI BERSAMAMU..
.

Rabu, 24 Agustus 2011

SEKELIP MATA ENGKAU BERUBAH

Kembalilah kau disisiku kerana aku amat menyintaimu...


Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku
Dibuai kenangan lalu

Ingin ku luahkan hasrat dihatiku
Sudikah mendengarnya
Sebenarnya engkau masih ku sayang
Biarpun tak dapat bersama

Kau masih ku rindu
Seperti waktu dahulu
Aku mengharapkan agar kau mengerti
Curahan rasa ini

Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan

Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana
Cuma aku yang terus sabar menantimu
Tanpa jemu..

Dulu kau menumpang kasih
Lalu ku beri kau harapan
Sekelip mata kau berubah
Oh..begitulah murahnya percintaan




DIANTARA KAWAN & KEKASIH




Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH…
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH…
ANDA tergolong dari yang mana…???
hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati …hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati …berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ….
Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.
Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.
Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih…
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.
Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan…
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian
Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu…?
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman.. tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita
JIKA KAWAN itu KEKASIH…dan KEKASIH itu KAWAN…
perlu lah dihadiahkan “Sedalam lautan Setinggi kayangan” kerana “Kasih sayang tiada sempadan” tapi sayang…
KEKASIH tetap KEKASIH…
KAWAN tetap KAWAN…
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..


Akhir kata, renungilah dari sebuah hadith ini, 

Sebuah riwayat daripada Ibnu Abbas bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan yang beliau bertanyakan kepada Rasulullah saw, “Siapakah kawan yang baik kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada kepada Allah swt bila melihatnya & menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat” (Tarmizi)

Sekian, wassalam.



..

Selasa, 23 Agustus 2011

KACANG LUPAKAN KULIT


Tiada luahan hati atau kata-kata dapatku coretkan, hanyalah sekeping gambar untuk dikongsikan bersama dimana ianya mempunyai maksud yang tersendiri buat diriku. Bagaimana pula dengan anda semua? apakah pandangan anda mengenai dengan gambar tersebut..